Advertisement

13 Jenis Vitamin Bagi Menjaga Kepentingan Diet Sihat Anda


Vitamin banyak jenis. Tahukah anda betapa pentingnya vitamin kepada kesihatan diri anda? Adakah vitamin ini mencukupi dalam badan kita. Perlukah anda mengambil vitamin tambahan untuk kekal sihat satu persoalan yang sering ditanya oleh individu terutama ahli sukan, golongan aktif, golongan tua malah kepentingan vitamin untuk menjaga kecantikan luar dan dalam seseorang. Vitamin adalah sebatian organic yang diperlukan dalam jumlah kecil untuk pertumbuhan normal, pembaikan dan mengekalkan kesihatan. Vitamin terbahagi kepada vitamin larut lemak dan vitamin larut air. Kekurangan vitamin-vitamin ini boleh mengakibatkankan  pelbagai risiko kesihatan kepada tubuh badan anda.

jenis vitamin untuk sihat

Kita akan melihat vitamin larut air beserta fungsi-fungsinya secara umum iaitu vitamin B1 (tiamin), B2 (riboflavin), B3 (niasin), B5 (asid pantotenik), B6  (piridoksin), B12 (sianokobalamin), Folat (asid folik), Biotin, C (asid askorbik)


B1 (tiamin)

Vitamin B1 ini mengeluarkan tenaga daripada karbohidrat.

B2 (riboflavin)

Vitamin B2 (riboflavin ini mengeluarkan tenaga daripada protein, lemak dan karbohidrat. Pengambilan Vitamin B2 ini akan menggalakkan kulit dan mata yang sihat.

B3 (niasin)

Vitamin B3 (niasin) ini akan mengeluarkan tenaga daripada protein, lemak dan karbohidrat. Vitamin ini juga terlibat dalam pengeluaran kolestrol.

B5 (asid pantotenik)

Vitamin B5 (asid pantotenik) pula akan mengeluarkan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein.

B6  (piridoksin)

Vitamin B6  (piridoksin) berfungsi memecahkan protein. Vitamin ini juga akan membantu penghasilan sel darah merah manusia.

B12 (sianokobalamin)

Vitamin B12 (sianokobalamin) berfungsi dalam membantu penghasilan sel darah merah, sel saraf dan bahan genetik (deoxyribonucleic acid atau DNA)

Folat (asid folik)

Vitamin Folat (asid folik) berfungsi dalam membantu penghasilan sel darah merah dan enzim serta mencegah kecatatan tiub neural.

Biotin

Vitamin Biotin pula berfungsi memecahkan lemak dan protein. Biotin juga akan menggalakkan pertumbuhan dan sel saraf yang sihat.

C (asid askorbik)

Vitamin C (asid askorbik) pula berfungsi dalam membantu dan membentuk kolaagen (komponen penting di dalam kulit, salur darah, tulang dan gigi). Vitamin C juga boleh bertindak sebagai antioksidan, memberi rintangan terhadap jangkitan dan menggalakkan penyembuhan luka. Vitamin C juga boleh meningkatkan penyerapan zat besi yang tidak berbahaya.

Vitamin larut lemak pula terbahagi kepada Vitamin A (retinol), Vitamin D (koleksalsiferol), Vitamin E (tokoferol) dan Vitamin (filokuinon).  Kita akan menyenaraikan secara umum fungsi-fungsi setiap vitamin larut lemak ini.


Vitamin A (retinol)

Vitamin A (reninol) ini berfungsi bagi mengekalkan kulit dan mata agar sihat, meningkatkan penglihatan pada waktu malam dan dalam cahaya malap. Vitamin A juga berfungsi bertindak sebagai antioksidan, mempunyai peranan dalam pencegahan kanser.

Vitamin D (kolekalsiferol)

Vitamin D (kolekalsiferol) berfungsi dalam menggalakkan tulang dan gigi yang kuat

Vitamin E (tokoferol)

Vitamin E tokoferol berfungsi mengekalkan membrane sel yang sihat. Vitamin ini juga bertindak sebagai antioksidan kepada anda.

Vitamin K (filokuinon)

Vitamin K (filokuinon) ini berfungsi dan diperlukan untuk pembekuan darah.





Post a Comment

0 Comments