Advertisement

5 Fungsi Lemak Dalam Badan Yang Perlu Anda Ketahui


5 Fungsi Lemak Dalam Badan Yang Perlu Anda Ketahui | Pengambilan Lemak Yang Baik Diperlukan Oleh Tubuh Badan Kita


Lemak adalah nutrien yang perlu dalam piramid makanan bagi mengekalkan diet sihat agar tubuh mendapat nutrien yang seimbang. Kita ketahui, ramai beranggapan lemak amat berbahaya kepada tubuh badan tetapi ramai yang tidak mengetahui fungsi lemak dalam tubuh badan manusia.

Picture Credit to: Next TwentyEight


Apabila bercerita berkaitan dengan diet dalam lemak, perkara penting ialah jenis lemak yang perlu anda makan. Rata-rata pemikiran kita diselitkan tentang bahaya lemak dalam makanan. Ya betul.. pengambilan lemak yang berlebihan dalam diet makanan tentunya akan memudaratkan kesihatan anda. Sebab itulah, ramai beranggapan perlu mengambil makanan diet rendah lemak. Pada masa kini, kita perlu mengubah pemikiran tersebut dengan melihat bahawa terdapat lemak yang sihat dan bermanfaat kepada kesihatan kita.
Makanan ringan termasuk kerepek kentang, donat, coklat, kek adalah sumber lemak perlu dihindari kerana mengandungi lemak yang tidak baik untuk diet makanan kita, Setidak-tidaknya kuantiti pengambilan lemak ini dihadkan agar tidak menjurus kepada masalah kesihatan kelak.


Makanan segera dan pengambilan makanan yang banyak lemak sama ada di rumah atau restoran yang menyediakan hidangan goreng mengandungi lemak yang tinggi. Malah lemak terdapat dalam sos krim atau cheese tanpa kita sedar penggunaannya telah berlebihan. Kita juga mendapatkan lemak melalui produk susu dan daging lemak tinggi yang terkandung dalam daging merah Walaubagaimanapun, dalam diet sihat lemak perlu diambil dalam jumlah harian yang disyorkan untuk kanak-kanak mahupun golongan dewasa.

Terdapat banyak fungsi lemak dalam badan manusia iaitu termasuklah berfungsi pengganti tenaga, menyerap vitamin, penebatan suhu badan manusia, Menambah daya fikirkan manusia, melindungi tubuh badan dan banyak lain.


1. Lemak Pengganti Tenaga


Kita mengetahui karbohidrat adalah sumber utama bahan tenaga di dalam badan. Ada masanya sistem badan kita beralih kepada lemak sebagai sumber tenaga sandaran apabila tiada karbohidrat

2. Penyerapan Vitamin


Terdapat beberapa jenis vitamin yang bergantung pada lemak untuk penyerapan dan penyimpanannya. Vitamin A, D, E dan K (disebut vitamin laruk lemak) tidak dapat berfungsi dengan baik sekiranya tanpa pengambilan lemak harian yang mencukupi. Vitamin ini merupakan bahagian penting dalam diet harian anda, Penyerapan vitamin tadi boleh terjejas tanpa diet pemakanan yang betul

3.  Penebatan


Sel lemak yang disimpan dalam tisu adipos akan menjadi penebat pada badan anda dan akan membantu bagi mengekalkan suhu badan yang normal. Tisu adipos ini selalunya tidak boleh dilihat tetapi jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan, tisu-tisu ini boleh dilihat di bawah kulit anda, Lemak disimpan mengelilingi orang penting untuk memastikannya dilindungi daripada pergerakan secara tiba-tiba atau impak daripada luaran.

4. Menambah Daya Fikiran Pada Otak


Lemak dapat menambah daya fikirkan pada otak pada saat anda berfikir. Ini disebabkan selain daripada penggunaan karbohidra, lemak dapat membantu mengaktifkan sel-sel otak untuk berfikir sekiranya digunakan dengan maksimum.

5. Lemak boleh Melindungi Tubuh Badan


Pada dasarnya lemak juga dapat menjaga tubuh badan anda. 45% organ dalam tubuh anda adalah dilindungi oleh lemak. Oleh itu pengambilan lemak sebagai diet makanan pada kadar yang betul akan melindungi organ-organ manusia. Walaubagaimanapun pengambilan yang berlebihan adalah berbahaya kepada anda. Anda harus mengetahui kadar sesuai untuk mengambil lemak dalam diet pemakanan anda.

Oleh yang demikian, kita sebagai manusia perlu menitikberatkan faktor-faktor penyebab penyakit boleh disebabkan pengambilan diet makanan yang tidak sihat. Pengambilan lemak dalam makanan juga sama penting dengan pengambilan komponen pemakanan lain seperti karbohidrat, air, mineral dan protein yang tidak wajar kit hindari sepenuhnya.


Post a Comment

0 Comments