Advertisement

3 Jenis Diet Terapeutik Perlu Anda Tahu Kekal Sihat


Diet Terapeutik adalah pengubahsuaian diet biasa. Ini lebih dikhususkan kepada pemakanan individu yang tententu. Tumpuan diet terapeutik ini lebih tertumpu kepada diabetes, tekanan darah tinggi dan diet buah pinggang kerana penyakit-penyakit ini biasa dialami oleh individu pada masa kini dengan tidak mengira peringkat umur anda.



Diet Terapeutik bagi Diabetes


Diabetes adalah gangguan kronik yang dicirikan oleh glukosa dalam darah tinggi iaitu sama ada insulin tidak mencukupi atau tidak berkesan bergantung pada jenis diabetes. Menuruk Whitney & Rolfes, 2002 Isulin ini berfungsi membantu mengekalkan glukosa darah dalam had norma dan meransang sintesis protein, sintesis glikogen dalam hati dan otot serta sintesis lemak.

Diet Diabetes adalah terapi pemakanan perubatan (medical nutrion therapy) untuk pesakit diabetes. Plan pemakanan ini merujuk kepada pengambilan pelbagai jenis makanan berkhasiat dalam jumlah yang sederhana dan mengikut Jadual makan yang tetap. Deit jenis ini adalah pelan makanan sihat yang kaya dengan nutrient rendah lemak dan kalori. Penekanan lebih kepada pengambilan pemakanan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh untuk kekal sihat.

Terdapat syor makanan untuk pesakit diabetes secara umumnya termasuklah karbihodrat yang sihat, makanan yang kaya dengan serat, ikan, lemak “baik”,
Pesakit diabetes perlu mengambil karbohidrat yang sihat untuk kekal sihat. Antara makanan yang boleh diambil seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan produk tenusu rendah lemak untuk mendapatkan karbohidrat ringkas.

Pesakit diabetes juga perlu mengambil makanan yang kaya dengan serat bagi mengurangkan risiko penyakit jantung dan membantu mengawal kadar gula dalam darah anda. Pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, biji kacang dan tepung gandum penuh antara makanan yang kaya dengan serat.
Pengambilan ikan juga perlu diambil oleh pesakit diabetes. Pengambilan makanan dalam kategori ikan ini sebagai ganti kepada pengambilan daging yang tinggi lemak. Pengambilan ikan tuna baik untuk pesakit diabetes disebabkan mengandungi lemak, lemak tepu dan kolesterol yang lebih rendah berbanding dengan daging dan ayam. Malah ikan tuna yang kaya dengan asid lomega-3 boleh menggalakkan kesihatan jantung dengan menurunkan lemak darah.

Lemak “baik” perlu diambil oleh pesakit diabetes. Banyak makanan mengandungi lemak yang mempunyai kalori tinggi. Lemak-lemak mono tidak tepu dan poli tidak tepu contohnya dari hasil minyak zaitun, badam minyak kacang tanah dan avocado boleh membantu menurunkan paras kolesterol anda.

Terdapat makanan yang perlu dielak oleh pesakit diabetes untuk kekal sihat. Ini boleh mengawal penularan peningkatan risiko penyakit jantung dan strok sebelum berlakunya pembentukan arteri tersumbat dan keras.

1. Pengambilan susu tinggi lemak dan protein haiwan mengandungi banyak lemak tepu. Makanan yang mengandungi lemak yang tinggi dan protein haiwan ini harus dihadkan bagi memastikan anda sihat.

2. Makanan ringan yang diproses , marjerin dan makanan yang dipanggang  mengandungi lemak trans yang lebih. Makanan seperti ini yang mengandungi lemak trans ini perlu dielak oleh pesakit diabetes.

3. Pesakit diabetes juga perlu mengurangkan pengambilan kolesterol. Protein haiwan mengandungi lemak yang tinggi, kuning telur, kerang, hati dan organ dalaman haiwan adalah antara makanan yang mengandungi kolesterol yang tinggi.

4. Pengambilan makanan berasaskan sodium (garam) adalah tidak digalakkan. Sekiranya mengambil sodium pengambilan kurang daripada 2300mg sehari perlu dititikberatkan. Ini bagi mengurangkan risiko mendapat tekanan darah tinggi dan penyakit yang lain.

Diet Terapeutik Pesakit Tekanan Darah Tinggi (High Blood Pressure)

Hepertensi atau lebih dikenali sebagai tekanan darah tinggi adalah satu penyakit yang biasa berlaku. Penyakit ini tidak mempunyai gejala tetapi boleh memberi kesan kepada kesihatan sehingga membawa maut sekiranya tidak dirawat. Pemakanan deit sihat bagi kesihatan jantung amat penting bagi mengurus tekanan darah dan mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.

Terdapat beberapa jenis makanan bagi mencegah penyakit darah tinggi iaitu

1. Bijirin termasuk dalah makanan dalam bentuk roti, bijirin, nasi dan pasta. Makanan dalam bentuk bijirin ini hendaklah diambil dalam enam hingga lapan hidangan sehari.

2. Pengambilan sayur-sayuran seperti brokoli, ubi keledek, lobak merah dan tomato perlu diambil empat atau lima hidangan sehari.

3. Buah-buahan dalam empat hidangan sehari

4. Hasil tenusu mengandungi kalsium, vitamin D dan protein dengan rendah lemak juga perlu diambil

5. Daging tanpa lemak seperti ayam atau ikan diambil kurang daripada enam hidangan sehari kerana mengandungi sumber protein, vitamin B, zat besi dan zink.

6. Makanan dalam bentuk kekacang sepeti badam, kacang pea atau kacang merah membekalkan sumber magnesium, kalium dan protein untuk kekal sihat.

7. Lemak dan mintak boleh diambil dua atau tiga hidangan sehari kerana lemak boleh membantu badan menyerap vitamin. Walaubagaimanapun, terlalu mengambil lemak boleh menyebabkan pemnyakit jantung, diabetes dan obesiti.

8. Makanan manis boleh diambil kurang dari lima kali seminggu. Makanan manis ini perlu dalam kategori rendah lemak seperti biskut rendah lemak.

Diet Teraputik Masalah Buah Pinggang

Bagi pesakit yang mengalami masalah buah pinggang yang kronik, pesakit perlu mengubah diet iaitu dengan menghadkan cecair, mengambil makanan yang rendah protein, mengurangkan garam, kalium, fosfirus dn elekrotit. Walaubagaimana pun, jika pesakit kehilangan berat badan, pesakit perlu mendapatkan kalori yang mencukupi.

Seseorang yang menjalani dialysis hendaklah mengambil diet yang khas untuk mengehadkan bahan buangan terbentuk dalam badan. Penghadan cecair merupakan rawatan dialysis yang penting kerana menjalani dialysis membuang air kecil dalam kuantiti yang sangat sedikit kerana buah pinggang telah rosak. Kesukaran membuang air kecil,  cecair terkumpul dalam badan sehingga menyebabkan cecair terlalu banyak di jantung, paru-paru dan pergelangan kaki, boleh menyebabkan komplikasi yang Lain


Post a Comment

0 Comments