Advertisement

5 Kelebihan Amalan Diet Oat Sarapan Pagi

5 Kelebihan Pengambilan Oatmeal Untuk Memulakan Diet Sihat Harian Anda

Oats atau Oatmeal adalah suatu jenis bijirin tumbuhan yang menjadi makanan manusia. Kebiasaannya oat dihidangkan sebagai bubur atau boleh dijadikan biskut oat. Oat boleh dimakan mentah, Walaubagaimanapun oat pada masa kini semakin popular dijadikan biskut.

Terdapat juga kalangan masyarakat yang menjadikan oat sebagai perawat masalah kulit seperti menjadikan produk mandian dan produk kecantikan kulit.

Pengamalan memakan semangkuk oat untuk sarapan pagi adalah satu cara terbaik untuk memulakan harian kita. Oat mempunyai mineral magnesium anti kekejangan. Malah dengan sumber zink yang terdapat pada oat, oat tentunya pengamalan  diet sihat yang terbaik untuk anda semua. Selalunya, kita akan merendam oat dalam tempoh masa yang sesuai. Anggaran merendam selama sejam boleh dianggap sebagai satu cara penyediaan yang terbaik.


5 Kelebihan pengambilan Oatmeal

1. Mencegah penyakit kardiovaskular


Pengambilan oat membantu dalam mengurangkan kolestrol jahat (LDL) tanpa menjejaskan kolesterol baik (HDL) malah antioksidan dalam oat dapat membantu penyakit jantung. Kandungan enterolactine yang terdapat pada oat dapat melindungi jantung anda. Oleh itu dapat dikatakan oat dapat membantu mengurangkan tahap kolesterol dan menjagai jantung kita.

2. Menurunkan berat badan dengan sihat


Kandunga serat yang terdapat pada oat dapat memperlahankan kadar penghadaman nutrient dalam makanan. Serat dalam oat tadi memastikan semua nutrient dalam makanan mencegah masalah ketidakselesaan perut contohnya sembeli apabila seseorang dalam tempoh mengamalkan diet harian.

Keupayaan oat yang penuh serat, akan memberi isyarat kepada seseorang agar merasa kenyang dalam tempoh masa yang lama. Sekiranya anda berhasrat untuk kurus, pengambilan oat secara teratur dan diambil pada waktu sarapan pagi, pastinya anda akan berasa kenyang dalam tempoh masa yang panjang.

3. Produk Kecantikan semulajadi


Oat dapat menghilangkan kekeringan dan peradangan. Ini kerana kandungan polisakrida dalam oat dijadikan sebagai pelindung pada kulit agar kulit tidak kelihatan kusam dan kering. Ini bagi memastikan kulit sentiasa lembab. Terdapat juga individu yang menjadikan oat sebagai masker. Ini disebabkan kandungan protein yang terdapat pada oat tadi dapat membantu melambatkan proses penuaan, pembersi semula jadi dengan menghilangkan kotoran pada pori-pori. Amalan menggunakan masker dengan bahan oat ini akan menjadikan kulit menjadi bersih dan cerah.


4. Mencegah Obesiti dan Kegemukan


Masalah obesiti yang berlaku di Malaysia boleh dikatakan sangat membimbangkan. Kandungan oatmeal yang kaya dengan serat dapat membantu anda untuk merasa kenyang pada temph yang lama. Ini akan membantu anda untuk mengawal dan mencegah obesiti pada diri anda sekiranya anda mengawal Jadual pemakanan anda, Pengambilan oatmeal ini akan mencegah dari keinginan anda untuk mengambil makanan yang manis sepanjang hari. Malah kalangan anak-anak uyang mengamalkan pengambilan oat secara teratur tentunya mengurangkan risiko obesiti  sejak kecil lagi.

5. Oat mempunyai pelbagai khasiat


Oat mempunyai banyak khasiat termasuklah kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink dan vitamn E yang membantu tubun badan setiap individu. Sebab itulah, dalam masyarakat di Malaysia terdapat individu-individu yang mensyorkan pengambilan oat sebagai cara kurus diet sihat yang boleh diamalkan setiap orang.


Post a Comment

0 Comments